Wednesday, September 29, 2010

TIDAK SEMUA ITU INDAH..

~~bila kita berada di bawah sering kali kita terfikir alangkah indahnya jika kita berada di atas seperti mereka2..tetapi bila kita berada di atas seringkali kita terfikir alangkah baiknya jika kita dapat kembali ke masa lalu..~~

~~semakin kita berada di atas, semakin banyak penipuan yang kita lihat..adakala kita terlibat sama..adilkah??di mana janji ketika kita berada di bawah dahulu?~~

~~mereka yang tidak melalui dan mengalami. mereka tidak layak untuk menghina apatah lagi untuk menghukum..alami dan laluilah dulu apa yang mereka2 hadapi dan barulah bersuara..sebelum mendapat apa yang dihajati,kita sering mencari kesalahan orang lain..tapi bila kita berada di tempat mereka nanti, baru kita fahami..tepuk dada tanyalah diri~~

~~adakalanya suara insan2 yang teraniaya tidak didengari tapi insya-Allah, satu hari nanti akan ada balasannya terhadap mereka2 yang mengambil kesempatan dan menganiayai orang lain~

Monday, September 27, 2010

BENGKEL FASILITATOR MUDA UPSI 24-26/09/10



salam 1 Malaysia.

Sesungguhnya ambillah ikhtibar di atas segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku..Walaupun kita adalah pemimpin yang di atas adakalanya kita perlu berbincang dengan orang bawahan..Jangan mengambil sikap tahu semua..Mungkin kita bagus dalam bahagian atau bidang kita tapi kita kena tahu orang lain mungkin lebih tahu bidang mereka dari kita..
Apapun tidak dinafikan aku enjoy join program ini sebab dapat pergi air terjun..he2..Maaf atas kelemahan dan kekurangan diri ini..

Monday, September 20, 2010

SEMOGA AMAN DI SANA




4 SEPTEMBER 2010
25RMADHAN
SABTU

Ku sedekahkan al-Fatihah kepada sahabat yang telah pergi, Allahyarham Mohd Syarafie bin Sauli.Ketika mendengar berita pada hari tersebut, aku baru nak buka puasa. Terbantut selera bila Lok call dan bagitahu berita pemergian sahabat yang seorang ini. Pada awalnya, aku memang tak suka melihat gelagat arwah yang suka mengacau orang, nakal, cakap lebih tapi takda apa pun. Tapi persepsi aku berubah sikit pada sem 7 ni sebab aku pelik coz boleh masuk dengan kepala dia pada sem akhir di UPSI. Mungkin sebab aku perhatikan dia dah boleh terima pandangan kawan2 yang lain, cakap pun dah ok. Takdalah asyik nak buli orang lagi tapi still dia tak boleh stop mengenakan orang.Tapi sekarang itu semua kenangan. Agak terkilan pada hari jumaat, aku nampak dia berbasikal dan berhenti di wakaf dewan kuliah depan HEP tapi aku tak tegur dia. Malu kot nak melaung orang ramai lalu. Itulah kali terakhir aku jumpa arwah. Hari khamis, masa kelas DR. Shan; aku ada cakap "cam pelik je syarafie arini, senyap je. sihat ke x?"..Yang jadi pelik sebab kalau masuk kelas, suara dia je yang kedengaran. Tapi aritu dia senyap je. Namun segalanya kini hanya tinggal kenangan. Kadang2 kenakalan itu menjadi 1 igauan bila ditinggalkan..Doaku moga kau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan dikasihi ALLAH..amin..