Pada dasarnya kita x menjangka sesuatu yang akan terjadi..kadang2 kita mengabaikan orang yang kita kenal..kita pura2, x bertegur apa,x mengendahkan mereka, bila kita kehilangan..baru kita rasa, betapa salahnya kita x menghargai mereka..Selepas arwah pie dan arwah abg zool pergi menghadap Ilahi, kini aku hilang seorang lagi rakan senior dari sekolah dan universiti..semoga perginya dia tidak ditangisi..moga dia aman di sana..aminnnn..
Sebak terima ijazah anak
Oleh Ihsan Noorzali
bhnews@bharian.com.my
2010/10/16
SELAMAH (tengah) terpaksa dipapah Norsuliza (kiri) selepas menerima ijazah anaknya di UPSI, Tanjung Malim, semalam.
TANJUNG MALIM: Majlis Konvokesyen Ke-12 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, semalam bertukar hiba apabila ibu kepada Allahyarham Norazmi Abdul Karim, 24, graduan yang maut dalam kemalangan ngeri mengorbankan 13 orang di Negeri Sembilan, Ahad lalu terduduk sambil menangis di atas pentas sebaik menerima ijazah bagi pihak anaknya.Selamah Ismail, 56, menguatkan semangat naik ke pentas di Dewan SITC bersama seorang lagi anaknya, Norsuliza, 22, tetapi tidak dapat menahan kesedihan lalu terduduk sebaik menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian Kelas Kedua Atas yang disampaikan Pro Canselor UPSI, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim.Selamah yang tinggal di FELDA Chemomoi, Triang, Pahang, terpaksa dipapah turun oleh petugas konvokesyen sebelum ditenangkan suaminya, Abdul Karim Jamaludin, 63, yang turut menitiskan air mata.
Selain Norsuliza, tiga kakak Norazmi iaitu Norhafizah, 28; Noraniza, 35, dan Norfaizah, 39, turut hadir pada sesi kelima istiadat konvokesyen yang masuk hari ketiga semalam.
Norazmi, anak keenam daripada tujuh beradik adalah antara 13 yang terbunuh manakala lebih 40 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Pedas, berhampiran Rembau, Negeri Sembilan Ahad lalu.
Sementara itu, Abdul Karim yang menghidap sakit jantung dan darah tinggi ketika ditemui berkata, pemergian Norazmi ibarat kehilangan sebutir permata kerana Allahyarham satu-satunya dalam keluarga yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.
“Baru-baru ini arwah ada memaklumkan kepada rakannya bahawa dia berhasrat mengubati mata kanan ibunya yang rabun dan mata kiri yang tidak dapat melihat berikutan masalah saraf selepas bekerja kelak.
“Nampaknya hajat arwah tak sampai kerana dia pergi terlebih dulu,” katanya.
Selamah pula berkata, jubah dibawa Norazmi untuk majlis konvokesyen berkenaan pada 7 Oktober lalu hilang selepas anaknya itu maut dalam kemalangan.
“Saya berharap jubah itu dipulangkan kerana saya mahu menjadikannya sebagai kenang-kenangan,” katanya.
No comments:
Post a Comment