Monday, September 20, 2010

SEMOGA AMAN DI SANA




4 SEPTEMBER 2010
25RMADHAN
SABTU

Ku sedekahkan al-Fatihah kepada sahabat yang telah pergi, Allahyarham Mohd Syarafie bin Sauli.Ketika mendengar berita pada hari tersebut, aku baru nak buka puasa. Terbantut selera bila Lok call dan bagitahu berita pemergian sahabat yang seorang ini. Pada awalnya, aku memang tak suka melihat gelagat arwah yang suka mengacau orang, nakal, cakap lebih tapi takda apa pun. Tapi persepsi aku berubah sikit pada sem 7 ni sebab aku pelik coz boleh masuk dengan kepala dia pada sem akhir di UPSI. Mungkin sebab aku perhatikan dia dah boleh terima pandangan kawan2 yang lain, cakap pun dah ok. Takdalah asyik nak buli orang lagi tapi still dia tak boleh stop mengenakan orang.Tapi sekarang itu semua kenangan. Agak terkilan pada hari jumaat, aku nampak dia berbasikal dan berhenti di wakaf dewan kuliah depan HEP tapi aku tak tegur dia. Malu kot nak melaung orang ramai lalu. Itulah kali terakhir aku jumpa arwah. Hari khamis, masa kelas DR. Shan; aku ada cakap "cam pelik je syarafie arini, senyap je. sihat ke x?"..Yang jadi pelik sebab kalau masuk kelas, suara dia je yang kedengaran. Tapi aritu dia senyap je. Namun segalanya kini hanya tinggal kenangan. Kadang2 kenakalan itu menjadi 1 igauan bila ditinggalkan..Doaku moga kau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan dikasihi ALLAH..amin..

No comments:

Post a Comment