Tuesday, December 7, 2010

PROTEIN

Protein berasal dari bahasa Yunani proteios yang berarti pertama atau utama. Protein merupakan makromolekul yang menyusun lebih dari separuh bagian dari sel. Protein menentukan ukuran dan struktur sel, komponen utama dari sistem komunikasi antar sel serta sebagai katalis berbagai reaksi biokimia di dalam sel. Karena itulah sebagian besar aktivitas penelitian biokimia tertuju pada protein khususnya hormon, antibodi dan enzim.

Semua jenis protein terdiri dari rangkaian dan kombinasi dari 20 asam amino. Setiap jenis protein mempunyai jumlah dan urutan asam amino yang khas. Di dalam sel, protein terdapat baik pada membran plasma maupun membran internal yang menyusun organel sel seperti mitokondria, retikulum endoplasma, nukleus dan badan golgi dengan fungsi yang berbedabeda tergantung pada tempatnya. Protein – protein yang terlibat dalam reaksi biokimiawi sebagian besar berupa enzim banyak terdapat di dalam sitoplasma dan sebagian terdapat pada kompartemen dari organel sel.

Protein merupakan kelompok biomakromolekul yang sangat heterogen. Ketika berada di luar makhluk hidup atau sel, protein sangat tidak stabil. Untuk mempertahankan fungsi dan nya, setiap jenis protein membutuhkan kondisi tertentu ketika diekstraksi darinormal biological milieu. Protein yang diekstraksi hendaknya dihindarkan dari proteolisis atau dipertahankan aktivitas enzimatiknya.

1. Protein terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan nitrogen. Sesetengah protein juga mengandungi sulfur dan fosforus.

2. Unit asas molekul protein ialah asid amino.

3. Protein boleh terbahagi kepada dua kelas, iaitu protein kelas pertama dan protein kelas kedua.

4. Fungsi utama protein adalah:

  • Membina sel-sel baru
  • Memperbaiki tisu-tisu yang rosak
  • Membina enzim dan hormon
  • Menghasilkan tenaga apabila kekurangan karbohidrat dan lemak.

5. Kekurangan protein akan menyebabkan penyakit kwasyiorkor

PIRAMID MAKANAN


PIRAMID MAKANAN

Aras Kumpulan Makanan

Nilai Khasiat

Cadangan Pemakanan

Contoh Satu(1) Sajian

Aras 1:
Bijirin, produk bijirin dan ubi
  • Sumber karbohidrat kompleks yang baik
  • Membekalkan vitamin, mineral, serat dan protein
  • Rendah lemak
8 - 12 sajian
  • 1/2 cawan nasi (putih atau perang)
  • 1/2cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
  • 1/2 keping capati
  • 1/2 cawan keledek/ubi kayu/keladi
Aras 2:
Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Sumber vitamin, mineral dan serat yang baik
3 - 5 sajian
Sayur-sayuran:
  • 1/2cawan sayur berdaun hijau tua bersama batangnya (dimasak)
  • 1/2 cawan sayur buah/berakar (dimasak)
Buah-buahan:
  • 1/2 cawan jambu berukuran sederhana
  • 1 hiris betik/nanas
Aras 3:
Susu dan hasil tenusu (kecuali susu pekat, mentega dan krim)
Ikan, ayam, daging dan kekacang
  • Sumber kalsium yang baik
  • Sumber protein yang penting
  • Sumber protein yang baik
  • Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink
  • Kekacang juga kaya dengan magnesium dan serat
1 - 2 sajian
2 - 3 sajian
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembong saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
  • 5 sudu besar ikan bilis
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan kacang kering/kekacang
Aras 4:
Lemak, minyak, gula dan garam
  • Lemak dan minyak mengandungi asid lemak (EFAs) dan vitamin A, D, E dan K
  • Gula (Contoh: madu, gula pasir, sirap, gula perang dan glukosa) memberi kalori yang sedikit atau tiada zat
Jumlah sedikit


Makanan di bawah ini diutamakan kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, gentian dan komponen lain yang penting untuk kesihatan.

irin

Beras, oat, barli, jagung, sekoi, gandum dan produk masing-masing adalah sumber tenaga dan protein yang bagus. Produk bijirin-penuh mengandungi lebih zat besi, fosforus, vitamin B (tiamin, niasin & riboflavin) dan gentian.


Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya – yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempeh, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

Setiap hari, cuba pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid. Sumber yang baik adalah sayur-sayuran hijau (sawi, bayam dan kailan), lobak, tomato, keledek, mangga, betik atau tembikai. Juga, cuba makan satu pilihan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Pilihan boleh termasuk jambu, betik, oren, mangga atau belimbing. Untuk mendapat asid folik, makanlah sayuran hijau, kacang pea, kacang bendi dan jagung manis

Sunday, December 5, 2010

HOTEL DAN PENGINAPAN MURAH DI PERLIS (BWH RM 150)





.................................................................................................

Hotel dan tempat penginapan murah di perlis
(bwh RM 150)


hotel tepi kedai makan juliana (satu bangunan), betul betul tepi simpang, dekat dengan dewan besar ump, dalam town betul betul..rasanya dalam rm80 inggit je


SRI KAYANGAN INN
NO 49 MEDAN RAJA SYED ALWI
01000 KANGAR PERLIS INDERA KAYANGAN Perlis , Malaysia
TEL : 04-9768121/3039 FAX : 04-9764840


Ada la beberapa tempat yang ok.. kalau nak rate camtu.. ni choice yang ok :

1) Soo Guan Villa (jejawi) [url]http://www.sooguanvilla.com/index.html[/url] ..on the way dari kangar ke arau.. masuk simpang ke JPJ... then straight je sampai nampak sawah padi.. otel ni seblah kiri..

2) Sri kayangan inn - betul2 tengah town... atas restoran julaina.. depan dewan kapitol UNIMAP..
TEL : 04-9768121/3039 FAX : 04-9764840

3) Ayu Villa (seriab) - tepi jalan on the way dari kangar ke k.perlis
Tel : 04-9762434 Fax: 04-9770450

FEDERAL HOTEL KANGAR
Address | 104 A&B JALAN KANGAR, 01000 KANGAR , Perlis , Malaysia
Phone | +604-976 6288

HOTEL MALAYSIA
Address | 65-67, Jalan Jubli Perak, Kangar. 01000 Kangar, Perlis.
Phone | +604-976 1366 / 976 1387

SRI GARDEN HOTEL (nih hotel baru nih)
Address | nO. 96 Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis.
Phone | +604-985 5900
Fax | +604 985 2900

7 PESONA PERLIS

7 Pesona Perlis

Bantuan Suara Untuk OKU

Ladang Tebu Chuping

Chuping diambil sempena nama sebuah bukit batu kapur yang mana dengan panggilan biasanya ialah Bukit Chuping. Di sini terdapat 22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula.

Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.

Empangan Timah Tasoh

Adakah anda seorang pencinta alam? Jika benar, Empangan Timah Tasoh sudah pasti tersenarai dalam daftar minda anda sebagai tempat yang mendamaikan. Empangan bernilai RM77 juta itu yang mula dibina pada 1987 membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3 kilometer persegi di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis. Di empangan ini ia dapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter padu


Taman Ular Dan Reptilia
Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesis ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesis-spesis lain seperti buaya, biawak kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.

Harumanis

Ladang mempelam harumanis merupakan salah satu produk pelancongan utama di negeri Perlis. Ianya terletak di kawasan Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat.
Ladang mempelam ini amat unik sekali kerana tidak terdapat di negeri – negeri lain . Selain itu rasa dan aroma buahnya yang tersendiri telah menarik pelawat untuk berkunjung ke ladang ini. Ianya hanyaImage boleh dinikmati setahun sekali sekitar bulan Mac – Jun.

Laksa Kuala Perlis

Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang terkenal di negeri Perlis.Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan ikan begitu berselera dimakan.
Makanan ini begitu terkenal di sepanjang pantai khususnya di Kuala Perlis. Mereka mengunakan acuan tertentu bagi menghasilkan juraian-juraian laksa. Kuahnya diperbuat daripada ikan yang direbus, dilumatkan dan dimasak dengan perencahnya.

Makanan Laut

Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar.Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaanya makanan laut ini dinikmati pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.

Padang Besar

Padang Besar terletak 37 km dari bandar Kangar, Perlis dan bersempadan dengan Thailand. Ia merupakan salah satu pintu masuk dan keluar utama penduduk negara ini ke negara jiran.
Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan Imagebarangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan.

VISIT MALACCA

SENARAI HOTEL, RESORT, CHALET, HOME STAY, BAJET HOTEL, HOTEL MURAH DI SELURUH MELAKA

Pakej percutian dan pelancongan ke Melaka

Penginapan di sekitar bandaraya Melaka bersejarah

Penginapan di kawasan pantai Pantai Puteri / Tanjung Kling / Klebang di Melaka
Penginapan di kawasan pantai Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara,


zoom_malaysia

Sekiranya anda ingin mencari tempat percutian didalam negara, tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke Melaka. Melaka kini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Di antaranya ialah menaiki beca di tengah-tengah kota, menaiki bot di Sungai Melaka ataupun bersiar-siar di kawasan yang menceritakan tentang peperangan dan penyeksaan, percintaan dan penyesalan. Sebagai destinasi yang menawarkan bukan sahaja pelancongan, tetapi khidmat kesihatan dan pendidikan yang tinggi, bandar raya bersejarah Melaka sememangnya tiada tandingannya.

Bercuti memang memerlukan kita mengeluarkan belanja yang banyak. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi negara yang tidak mengizinkan, semakin ramai yang memerlukan tempat percutian yang tidak memakan belanja yang banyak terutamanya tempat penginapan sama ada di hotel mahupun di chalet-chalet. Di mana tempatnya?Sila lihat apa yang kami tawarkan untuk percutian anda di Melaka yang pastinya lebih bermakna tanpa perlu perbelanjaan penginapan yang tinggi. Cuma pastikan anda nikmati percutian dengan senang hati di sini.

Melaka bukan sahaja terkenal dengan peninggalan sejarahnya, anda juga boleh nikmati suasana pantai yang tenang dan nyaman serta nikmati kedinginan bayu pantai yang menyegarkan anda. Anda pasti terpesona dengan keindahan pantai Pengkalan Balak dan Pantai Puteri di Melaka. Pantai Pengkalan Balak yang sememangnya popular dengan keindahannya pasti memberi keseronokan kepada anda kerana di sini terdapat Resort untuk anda bermalam iaitu D’nelayan Beach Resort. Bermalam di resort yang murah dan chalet yang selesa membuatkan anda tidak perlu risau tentang perbelanjaan anda.

Di Pantai Pengkalan Balak juga anda berpeluang melihat penyu karah yang terdapat di sini. Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk anda yang berminat untuk mengadakan lawatan ke Bandar Melaka. Pasti berbaloi kunjungan anda ke Melaka kerana kami penuhi dengan melawat tempat-tempat bersejarah seperti:

  • A’ famosa
  • Musium UMNO
  • The Stadthuys
  • Mini Asean
  • Mini Malaysia
  • Taman Buaya

Hubungi kami :

WORLD HERITAGE TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
No. 41-1, Jln Kristal 1, Taman Limbongan Indah, 75250 Melaka, Malaysia

Tel:606-2817388Faks:606-2837388

HOTLINE:
019-6556388 (Cik Hanim)
019-7257388 (Ms Hana)

Website:
www.worldheritage.com.my
hotelmelaka.wordpress.com
melakacitytour.wordpress.com

Email:
sales@worldheritage.com.my
melakatour@yahoo.com