Saturday, October 16, 2010

SAYA SAYANG ADIK SAYA ..

Sesungguhnya hargailah apa yang kita ada..hargailah apa yang ada di depan kita..yang terdekat dengan kita..kerana bila ia jauh dari kita, kita akan rasa kehilangannya..rasa rindu, sepi dan sedih..Mungkin bila kita berada dekat dengannya kita tidak merasakan dia penting pada kita..bila dia jauh dari kita..kita amat berasa kehilangan..kadang2 apa yang berlaku tidak terjangkau dek tangan dan tidak terfikir dek pemikiran..semuanya tiba2..bukan mudah untuk menerima apatah lagi menyayangi..lebih sukar untuk berkongsi..

Bila aku dibuang dari hidup sesorang, adiklah yang sanggup mengutip aku..bila aku berasa sedih, dia cuba menghiburkan aku..bila aku marah, dia cuba memujuk aku tapi kadang2 aku melepaskan marah pada dia tanpa aku sedari..Ya Allah, mengapa aku tidak mensyukuri nikmat yang Engkau beri..Adik ingin berbuat baik padaku tapi aku yang tidak menghargai..Jangan Kau palingkan dia dariku Ya Allah..Sesungguhnya, dialah insan yang amat menyayangiku dan sanggup susah senang bersamaku..

Betapa sehari dia meninggalkan aku, terasa amat kosong ruang diriku..sedih,pilu datang bertandang..betapa aku merindui insan yang bergelar adik..betapa keletahnya amat menghiburkan dan menyinari hari-hariku..

No comments:

Post a Comment