Tuesday, April 5, 2011

MADAH BERHELAH


** Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada  kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.  ** Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan  keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan hilang..  **Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan  banyak tapi diiringi dengan riak.  **Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada  insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.  ** Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari  batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak menjadi bara..    **Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal  mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.     **Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung  sehingga ia mula bercakap kosong  ** Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jika 
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.   ** Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.  ** Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.  ** Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.   ** Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.Jangan seperti pohon kering  hanya menunggu tok rebah ke bumi..  ** Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada  melaksanakan sepotong pesanan.   ** Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.   ** Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .   ** Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...   ** "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"  ** "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita  walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"  ** Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan  (Terhadap Dosa);   ** Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan  dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."  ** "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"  ** "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan  perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"  ** "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah  menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"  ** "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut  kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.  ** Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.  Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan  ** "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"   **"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."  ** "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,  **Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".  ** "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan  orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"  ** "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."   **"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan  mempedulikanmu"   ** "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"  ** "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."   **"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."  ** "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."   ** "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."  ** "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang  tertinggi."  ** "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."    **"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa  jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

No comments:

Post a Comment