Tuesday, January 10, 2012

SALJU DI DANAU RINDU~~


SALJU DI DANAU RINDU

TAK PERNAH KU KESAL
MEMILIH DIRIMU
BIARPUN PUDAR KELAM MASA SILAM
BAGIKU KASIH SAYANG SATU ANUGERAH
TAK TERNILAI OLEHKU...

BENARLAH KATAMU
HIDUP PENUH PURA
TETAPI TIDAK PADA DIRI INI
CINTAKU TULUS SUCI LAHIR DARI HATI
SALJU DI DANAU RINDU

MENGAPAKAH SUKAR MEYAKINKAN CINTA
YANG TERBIAR LAYU DI SIRAMI DUKA
SEDANGKAN DIRIKU UMPAMA PENGEMIS
MENGHARAP KASIHMU ITU
IZINKANLAH AKU MENYINTAIMU
DAN SESUNGGUHNYA CINTAKU SATU


Tiba-tiba je rasa nak tulis lagu ini sebab ada kenangan di sebalik..Kenangan yang aku sendiri hampir terlupa kerana terleka..Zaman persekolahan memang banyak kenangan pahit manis..Seorang insan yang aku sayang,seorang sahabat,seorang adik..Kesepian dan kelukaan hatinya menggamit aku untuk mengenali insan tersebut..Terpisah kerana peraturan sekolah..ha2..Kelakar...kerana insan yang tak merestui akhirnya kembali meminta tolong kepadanya..Wajarkah??

Adakalanya kita menyesali apa yang terjadi..Begitu juga aku..Tapi dia memang insan yang menyayangi nilai persahabatan kerana masih sudi menerima aku sebagai sahabat walaupun terpisah hampir 8 tahun..8 tahun yang menjarakkan hubungan..8 tahun yang merubah segalanya..

Kini, ikatan persahabatan itu kembali..Walaupun mungkin tak seperti dulu..Sekurang2nya tinggi nilai kasih sayang yang di tunjukkan oleh sahabat ini..



No comments:

Post a Comment